kolej teknologi timur.. :)
Tanggal 31 mei 2011, detik yang paling bersejarah bagi ku untuk seumur hidupku (maybe r) , pada tika itu aku telah mendaftar sebagai mahasiswa di kolej teknologi timur... perasaan teruja dan gembira mula mengisi kekosongan hati setelah lebih 5 bulan berehat di rumah, dan akhirnya tempoh ku untuk berehat sudah tamat.. pabila kali pertama aku menjejakan kaki ke kolej tersebut, aku sedikit kecewa kerana kolej ini tidaklah sebesar IPTA n IPTS lain, namun bagi ku saiz bukan lah penentu kejayaan, tapi usaha dan tekad merupakan segalanya. Setelah mula bergelar sebagai mahsiswa KTT, aku kini mula merasa yang aku telah mula memmbesar, ( I’VE GROWN UP!)
Namun segala perasaan terujaku pada mulanya mulai pudar setelah diberi penerangan yang berlambak lambak dari admin.. aku mula hilang semangat dan arah. Niat di hati ingin menamatkan shaja kursus inii, namun berbekalkan tekad di hati, akuu mula tabah. Ini hanyalah permulaan hidupku sebagai seorang mahasiswa, dan mungkin tatkala aku di perantauan kelak, mungkin lebih susah atau mungkin lebih senang jalan jalan hidupku.
Pabila pertama kali aku melihat para pelajar yang turut sama mendaftar denganku , aku melihat riak wajah muka mereka yang amat suci dan nirmala.. aku sedikit terkedu kerana aku tidak bukanlah sebaik mereka.. namun aku akan cuba untuk berubah.. setiap waktu solat mereka semua akan bergegas menuju ke surau atau masjid unutk lekas menunaikan kewajipan mereka.. aku amat kagum dengan mereka semua. Bukan hanya pandai, bijak, malah beragama pula.. butir-butir kalimat Allah jelas terpacul dari mulut-mulut mereka. Ya Allah, kagum benar aku dengan mereka. Inilah bakal bakal doctor yang akan mewarnai masa depan Negara, doctor yang bijaksana dan beragama. Terkadang aku merasa aku tidak layak untuk berada di sini.. namun kerana peluang yang telah ku kecapi aku masih menanam azam yang tinggi..
Mungkin fasiliti di kolej ini tidaklah selengkap kolej2 swasta yang terkemuka laen, namun cukplah sekadar member keselesaan kepada aku dan kawan kawan. Allah telah menentukan takdir kami untuk bertemu di sini dan berada di dalam satu kuliah.. J