♫♫
aku dan sekeping blog: Erti Hidup Memberi..
credits

  • background: cherrybam
  • layout: fiffy
  • cursor: making-cursor

  • Erti Hidup Memberi..
    hari ni sudah masuk hari ke 19 aku berada di bumi mesir, pelbagai peristiwa berlaku padaku, aku tahu itu semua ujian dari Allah kepada hambanya, Allah tak akan menguji hambanya kalau hambanya tak mampu untuk withstand dengan that test..Allah maha Adil..

    that day, aku pernah dikejar oleh pengemis, di rampas makanan oleh diorang, di tarik tarik oleh diorang.. at that time, memama aku sangat sangat marah dengan diorang, aku menyumpah seranah diorang, aku tak mampu untuk mengawal perasaan aku, aku lupa, mereka golongan yang tak bernasib baik. dan sekarang aku sangat sangat menyesal..

    baru sahaja tadi aku melihat 2 orang kanak kanak yang turut sama mengemis dengan ibunya, diorang duduk ditepi jalan, di atas kotak, bermain main sambil mejual tisu, aku sungguh tersentuh melihat diorang, seawal usia 4 atau 5 tahun sudah mula mengemis, aku sangat sangat sedih melihat diorang, tetapi diorang kelihatan sangat sangat gembira, tiada sedikit pun riak muka mereka sedang mengeluh kesedihan, tambahan pula, cuaca di bumi Iskandariah ini mulai sejuk..bertambah kasihanlah aku kepada diorang.. aku mendermakan sedikit wang yang aku ada pada ketika itu untuk mereka, bukan untuk riak atau takabur, tetapi aku kasihan melihat mereka,

    kemudian , seorang kawan aku memberi makanan kepada diorang, kanak kanak itu kelihatan sangat gembira dengan pemberian itu, riak muka mereka sangat gembira dan bersyukur..aku sedikit tersentuh saat itu.. 

    aku rasa setakat inilah sahaja mampu aku coretkan, aku teringat kata kata seorang penceramah terkenal, ERTI HIDUP PADA MEMBERI


    ilmu bukan untuk dituntut sahaja, tetapi untuk dikongsi.. assalamualaikum..