Solat itu tiang agama..
Berjalan di sekitar kota Iskandariah membuat aku terkesima dengan kejelitaan kota tersebut.Tatkala setiap Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat, aku dengan sedaya upaya menggagahkan diriku untuk menuju ke masjid, iyalah, masjid di kota ini terlalu banyak. di sekitar rumah sahaja sudah dua buah masjid tersegam indah...
aku tertarik dengan budaya orang Arab dengan waktu-waktu solat. Apabila azan waktu solat berkumandang, mereka semua akan bergegas menuju ke masjid masjid, surau-surau.. aku begitu tersentuh dengan budaya mereka itu. aku terfikir, alangkah indahnya jika budaya tersebut turut sama terjadi di Malaysia,. Aku begitu mengharapkan sedemikian, kerana Malaysia merupakan sebuah negara islam..
Polis-polis yang menjalankan tugas turut sama menuju ke masjid-masjid. keadadn ini amat berlainan dengan keadaan polis di Malaysia, bukan niat aku untuk condemn polis-polis di Malaysia, cuma aku mengharapkan pekara tersebut di semai dalam budaya polis polis di Malaysia.. Aku tidak ingin berita-berita buruk tentang polis di Malaysia sahaja di hebahkan, sesekali teringin juga berita berita baik berbisik di cuping telinga ini..
Satu lagi keadaan tentang solat bagi orang arab ialah, mereka sanggup menunaikan solat dimana sahaja, asalkan tidak kotor dan jijik. dibawah bawah tanggan, di dalam premis premis perniagaan, di atas batu yang rata, di tengah tengah taman. di mana sahaja asalkan mampu dilaksanakn rukun islam yang kedua itu..
Dan apabila waktu solat jumaat berlangsung pula, mereka sanggup solat di atas jalan raya, kerana kesempitan ruang didalam masjid. aku pernah sekali mengambil peluang untuk solat di atas jalan raya, ternyata begitu ramai orang orang islam disana menunaikan solat di atas jalan raya.. budaya ini amat berbeza dengan Malaysia, aku sering terdengar orang islam di Malaysia berbangsa melayu berkeliaran di shopping shopping mall, di pusat pusat hiburan. di manakah Islam itu bagi mereka semua.. aku begitu terkilan dengan pekara ini...
dan apabila solat jumaat di mesir, orang arab berbangsa Kristian turut sama menyediakan tikar tikar unutk umat islam menunaikan solat.. aku begitu kagum dengan pekara tersebut dana aku sangat sangat menginginkan pekara itu di Malaysia. Rakyat bersatu padu tanpa mengira agama..
aku fikir, setakat ini sahaja coretan aku..
ilmu bukan untuk dipelajari sahaja, tapi untuk dikongsi... :)