Kullu Am Wa antum Bi khair..
Alhamdulillah, pejam clik, pejam celik, sudah sampai 10 zulhijjah hari ini, hari kebesaran umat Islam.. keheningan takbir raya didengari de seluruh pelusuk bumi menandakan Aidil Adha sudah menjelang tiba.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat jugak aku menyambut aidil adha kali ke 18 sepanjang hayat aku.raya di perantaun, Alhamdulillah, dapat juga aku merasau buat pertama kali sepanjang hayat aku, jauh dari keluarga, dari teman teman di Malaysia..tetapi walau 9000 kilometer memisahkan kita, kasih sayang aku terhadap kalian tak akan pernah luntur! :)
Bangun sahaja lepas subuh, terus aku tidak melelapkan mata aku, mandi dan bersiap untuk menunaikan solat sunat aidil adha di sutuh asrama..MasyaAllah, sangat sejuk suhu pada hari ini, menandakan musim sejuk sudah tidak lama lagi. okay, abaikan cerita cerita yang tidak penting itu.
perasaaan sebak mulai terasa apabila memakai sepesarungan baju melayu, kerana pada kebiasaannya mak aku yang akan mengambil tahu tentang segalanya, tentang kekemasan aku tentang baju aku. tapi kini, tiada lagi. kerana aku mesti berdikari, aku sudah meningkat dewasa!
selesai solat, mendengar khutbah aidil adha, sarapan pagi pula mulai dijamah olehku, sepinggan nasi lemak dan sebiji karipap. Ya Allah, sungguh lain suasana di sini. jika di Malaysia, mak lah yang akan memasak nasi impit, kuah kacang, rendang, serunding, lodeh, lontong dan segalanya jika di pagi hari raya.. keheningan sekali lagi terasa, pilu kerana berjauhan dengan keluarga..
kemudian, selesai segalanya, rutin ku kembali seperti hari hari biasa, duduk menghadap laptop dan melakukan aktiviti biasa yang aku lakukan. kemudian, kawan ku ada simpan sedikit rendang yang di bawa dari Malaysia, ku jamah sedikit sebagai pengubat kerinduan kepada tanah air dan keluarga... Ya Allah, sangat sangat sayu hatiku.
kemudian, mak call melalui 'skype' . sekali lagi aku rasasebak di dada, rindu sedikit terubat, titisan air mata kecil menuruni lurah pipi ku... sedikit keriduan kepada mereka di Malaysia sudah terubat.. Alhamdulillah.. setakat ini sahaja mampu ku kongi kan.
