♫♫
aku dan sekeping blog: Missing someone now..
credits

  • background: cherrybam
  • layout: fiffy
  • cursor: making-cursor

  • Missing someone now..
    kubuka komputer riba ku dan ku tenung tenung lama gambar itu, ku tahu, hanyalah dengan cara itu aku mampu untuk mengubati kerinduanku kepadanya yang jauh nun disana. sesekali, titisan mutiara jernih menjurai turun dari kolam mataku yang kian hari kian rabun ini, inilah bahana kerana terlalu lama merenung komputer riba terlalu lama..

    Ya Allah, kerinduan ini sudah tidak mampu ku kawal lagi, seringkali, kerinduan ini ku terbawak didalam lenaku, dan seringkali aku aku mencari pabila aku terbangkit dari lenaku, Ya Allah, mimpi cuma, mainan tidur sahaja, Berada begitu jauh dari sisi ku, Mak, kurindu kn mu sesangat tika ini, tidak ada yang mampu ku katakan dengan lebih banyak,

    Setiap hari aku tunggu panggilan dari Mak, tapi aku perlu faham , mak juga sibuk dengan kerja, ah, aku tak mampu lagi mengawal perasaan ku ini, terasa bagai ingin pulang sekarang, melutut dikaki Mak,

    Entah mengapa aku tidak mampu mengawal lagi kerinduan ini, ikut lah apa yang orang lain ingin perkatakan tentang ku, ingin mencaci ku, ingin mengatakan yang aku ini manja, lembik atau apa-apa sahaja,

    Mak, arih rindukan mak sangat2! :'(