♫♫
aku dan sekeping blog: Use it in a right way
credits

  • background: cherrybam
  • layout: fiffy
  • cursor: making-cursor

  • Use it in a right way
    Kian hari kian bingung dengan kuliah yang semakin bertambah, kerja yang semakin banyak, dan tugas yang semakin berlambak, tambahan pula, aku kini terpaksa bertugas di bawah unit perangan dan penerbitan Batch, pelbagai pekara mesti aku siapkan unutk memastikan kelancaran unit aku itu, tetapi, aku kini semakin sibuk dan akan semakin sibuk di masa hadapan.. di sebab kan itulah , Allah selalu mengajar kite erti sykur, syukur dengan masa lapang yang pernah kita dapat dulu..  dalam hadis atau ayat suci Al-wuran, aku sudah terlupa, ada menyatakan, ingatlah 5 pekara sebelum lima pekara, dan salah satu daripadanya ialah...
    masa lapang sebelum sibuk, 
    oleh yang demikian, aku terkadang agak menyesal kerana tidak menggunakan masa lapangku dengan sebaiknya, tetapi sesalan sekarang tidak lagi berguna, bak kata pepatah " menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya".. okay, lupakan yang lepas, bina semangat baru untuk masa depan..

    bukan niatku untuk berceloteh tentang pekara pekara diatas, tetapi aku ingin memperkatakan tentang mulut.. Ya!semua orang pasti mempunyai mulut, dan mungkin juga ada yang tiada, tetpi peratusan itu sangat kecil berbanding yang normal ini.. mulut adalah suatu nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita semua,

    kitalah yang bertanggungjawab untuk menggunakannya pada jalan yang benar atau tidak, begitu juga akal. okay, lupakan hal hal lain. fokus aku pada kali ini hanyalah nikmat mulut.. seringkali kita dengar, penggunaan perkataan kesat dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. sedikit terkilan di sini kerana nikmat itu tidak digunakan dengan sebaiknya. bukan sahaja yang kurang intelektual, malahan yang golongan yang mempunyai taraf IQ yang tinggi turut sama ikut serta.. di manakah akhlak mereka? tidak kah mereka sedar apakah implikasi penggunaan perkataan perkataan itu?

    pelbagai persoalan mula menerobos benak fikiran aku, apakah persepsi orang asing terhadap rakyat malaysia, okay, itu di malaysia, dan sekarang dengan keberadaan aku di bumi Mesir ini aku beranggapan tiadalah pekara pekara sedemikian kerana kebanyakan, eh, bukan kebanyakan, tetapi keseluruhan daripada pelajar di sini adalh pelajar yang cilik dan pintar! tetapi pandangan aku sama sekali meleset. malahan mereka lebih lagi memngeluarkan perkataan perkataan itu, terkilan, sedih dan tergamam dangan keadaan itu. tetapi aku tidak mampu untuk melakukan apa apa. okay, cukup dengan hal hal ini..

    Allah s.w.t sudah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat yang ke 11 yang bermaksud....

    Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengutuk ngutuk kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang dikutuk) lebih baik dari mereka (yang mengutuk) dan jangan pula wanita-wanita (mengutuk) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang dikutuk) lebih baik dari wanita (yang mengutuk) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

    oleh itu, mengapa masih perlu dipertikaikan kenapa perlunya kita menjaga mulut kita? ah, sudahlah, manusia memang seperti ini, keras kepala dan tak akan mendengar kata kata orang lain, melainkan mereka merasai sendiri..

    teringat dengan kata-kata Ustaz aku dulu, di akhirat kelak semasa hari perhitungan, mulut kita tidak akan mampu untuk berkata-kata, tetapi organ organ atau bahagian tubuh badan lain yang akan mula bersuara, memberitahu apakah yang telah mereka lakukan sepanjang kehidupan mereka..hal ini kerana, cukuplah dengan kejahatan dan dosa yang telah dilakukan oleh mulut semasa di bumi.. itu kata ustaz aku, dan aku setuju dan sengat betol pernyataan itu..

    aku rasa cukuplah setakat ini aku menulis, aku menulis bukan kerana aku hebat, tetapi aku menulis untuk berkongsi, aku sayangkan bangsa aku, bangsa melayu, aku sayang agama aku Islam!

    assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..