♫♫
aku dan sekeping blog: kesabaran itu indah..
credits

  • background: cherrybam
  • layout: fiffy
  • cursor: making-cursor

  • kesabaran itu indah..
    Bismillahirahmannirahim...
    Assalamualaikum warahmatullah barakatuh.

    setinggi tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah s.w., tuhan sekalian makhluk, dengan nikmat yang Dia kurniakan dapat juga aku menulis dan mengarang, menhirup udara di bumiMu ini, belajar tentang nikmat-nikmat kekuasaan mu ini.. Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya...

    okay, terus kepada topik penulisan aku pada kali ini, SABAR, suatu perkataan yang amat sinonim dalam hidup manusia, tak akan pernah ada seorang manusia pun di dunia ini tidak tahu, tidak faham akan maksudnya. kesabaran boleh ditakrifkan dengan perasaan seseorang untuk mengawal diri sendiri daripada melakukan sesuatu pekara yang tidak diingininya.

    Rasulullah pernah bersabda dalam hadisnya, 
    "As-sabru minal iman" yang membawa maksud, "sabar itu sebahagian daripada iman"
    Yea, sabar adalah sesuatu yang cukup indah dan amat sukar untuk ditakrifkan dengan terperinci dengan definisi definisi yang lengkap.. tiada sebab lain untuk aku menulis pada kali ini melainkan menceritakan pengalaman aku sendiri, kerana aku hanya mampu menulis dengan pengalaman aku sahaja..


    bermujahadah ke kelas semalam membuatkan aku cukup faham erti syukur, erti syukur dengan segalanya, aku begitu gopoh gapah bergegas ke kelas kerana ingin mendapat tempat di baris hadapan, kerana mungkin dapat memahami dengan lengkap, insyaAllah.. dalam keadaan yang sangat bersemangat aku berjalan menuju ke arah dewan kuliah, Ya Allah, tidak semena mena, sebuah teksi meluncur laju di sebelah aku dan melalui sebuah lopak air, Astaghfirulallahalazim, memercik air dari lopak itu ke muka dan seluruh tubuh ku. Ya Allah, sangat sangat bengang pada ketika itu, dengan keadaan yang basah dan kotor, aku menyambung perjalan ku, aku sabar dan menahan kemarahan aku pada saat itu, aku tahu itu semua hanyalah ujian dariMu Ya Allah..


    kemudian kesabaran aku lagi sekali tercabar dengan kehadiran budak budak yang aku langsung tidak pernah kenal di baris belakang ku di dalam dewa kuliah, mereka bercakap-cakap sehingga aku susah untuk memahami kuliah itu, sudahlah pula,subjek pada petang itu amat susah-Biochemistry dan cell histolgy, ya Allah, hanya tuhan yang mampu tahu kesabaran aku di tahap mana..okay, cukup sekadar itu, kerana lebih banyak bercerita lebih banyak pekara dibongkarkan..


    kemudiann pada petang itu, aku dan beberapa orang rakan ku cuba untuk menahan teksi kerana keadaan sudah lewat dan kami ingin mengejar waktu solat asar yang semakin suntuk dan takut takut tertinggal, berdosa besar kami, Ya Allah, begitu banyak kali kami menahan teksi untuk pulang, tetapi tiada satu pun yang mahu mengambil kami, kami sabar dan kami tabah, meneruskan perjalan pulang dengan menaiki tramp, sebuah kereta api lambat.. hanya itulah sahaja yang mampu kami naik untuk pulang. sangat sangat mencabar kesabaran aku pada hari itu..


    pada malam itu pula, aku mencuba nasib aku untuk menggunting rambut, aku sudah rimas dengan keadaan rambutku yang sangat panjang dan mencecah kolar baju ku.. aku menuju ke arah kedai gunting dengan hati yang semangat, menunjukkan stail rambut yang aku inginkan, MasyaAllah, sesudah gunting aku sangat terkejut dengan hasilnya, namun, apa yang mampu aku lakukan, semua itu sudah terjadi, sekali lagi aku dicabar dengan kesabaran, namun aku sabar sahaja kerana bukan salah pak cik itu, tetapi aku yang tidak mendengar kata-kata orang lain, bahawa orang arab tidak pandai dalam menggunting rambut,-serve me right!


    okay, dalam masa satu hari kesabaran aku tercabar sebanyak 4 kali, Ya Allah, hanya Kau yang tahu , tetapi aku tahu, setiap ujian itu tidak akan diberikan olehNya jika hamba itu tidak mampu untuk menahanya, Allah Maha Adil!


    okay, cukup sekadar ini kalam ku, sedikit coretan dari hati yang tulus dan ikhlas, sabarlah dengan ujian Allah, setiap ujian ada penyelesaiannya, sabar itu indah, hiasilah hati anda dengan kesabaran, nescaya, anda akan tenang-InsyaAllah....


    Assalamualaikum warahmatullah barakatuh, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan kesabaran, bacalah dari hati yang nirmala..