♫♫
aku dan sekeping blog: Sanah Helwah
credits

  • background: cherrybam
  • layout: fiffy
  • cursor: making-cursor

  • Sanah Helwah
    Bismillahirahmanirahim...

    segala puji bagi Allah, tuhan sekalian Alam
    yang menciptakan langit dan bumi,
    yang menghidupkan dan mematikan
    yang menjadi Tuan kepada semua makhluk..



    Alhamdulillah, 24 November telah berlalu, genap sudah usiaku 18 tahun
    kesyukuran yang tak terhingga ku panjatkan ke hadrat ilahi
    kerana memberi kesempatan kepada ku untuk terus bernafas di bumi Mu ini
    untuk meneruskan rutinku sebagai hamba mu
    untuk meneruskan hadafku sebagai khalifah di Bumi ini


    Ya Allah, indah sungguh hari yang telah kau aturkan untukku pada 24 november lalu
    bermula dari malamnya sehingga malam keesokannya
    sejuta kenangan terpaut di memori ini,
    majlis sambutan hari lahirku secara surprise membuka tirai 24 November lalu
    hatiku agak tersentuh dengan kesungguhan teman teman ku 
    mereka sangat beerti bagiku,
    teman dunia akhirat, insyaAllah



    pagi itu, segalanya bermula dengan normal, sebagai mana hari hari yang biasa
    Kulangkah kaki ku ke dewan kuliah,
    duduk sebentar. dan sekali lagi kejutan buatku 
    seorang temanku mengumumkan hari lahirku di depan
    seluruh dewan kuliah turut sama mengucapkan
    nyanyian lagu hari lahir dari mereka semua masih lagi
    terngiang ngiang di cuping telinga ini. 
    MasyaAllah, sunggu indah nikmat mempunyai sahabat


    ini mengingatkan aku kepada hadis Rasullullah yang 
    menceritakan tentang kewajipan menyayangi sahabat


    dari Rasulullah s.a.w.. 
    tidak sempurna iman seseorang muslim itu jika tidak menyangi muslim lain seperti mana menyayangi diri sendiri...




    hari itu diteruskan dengan pelbagai bibit bibit keriangan
    dengan ucapan sanah helwah yang tidak putus putus
    hadiah yang tidak kurang banyaknya
    dan sebagai nya..


    Ah! sungguh indah hari itu, 
    bagaikan tidak mahu hari itu berlalu,
    Subahanallah, kekadang kenikmatan dan keriangan itu membuatku lagha
    lupa dengan nikmat..
    lupa dengan siapakah yang mengurniakan nikmat itu
    lupa dengan tujuan umur dipanjangkan



    Sebenarnya, Allah kurniakan umur yang panjang
    supaya kita menghisab diri sendiri
    sebenarnya, umur kita semakin pendek
    semakin kepada kematian
    semakin menuju ke arah Nya

    Hari Lahir bukan beerti kita perlu bergembira sahaja,
    Ya, memang tidak salah dengan kegembiraan itu
    memang tidak salah dengan senyum tawa itu,
    tetapi......
    ingatlah, setiap apa yang telah berlaku pasti ada sebab sebaliknya


    renung renungkan...

    jutaan terima kasih ku ucapkan kepada semua yang telah 
    bersusah payan mengucapkan 'salam hari lahir' kepada ku
    yang susah payah memberi hadiah kepada ku
    yang susah payah memberi kejutan kepadaku


    Waallualam...
    Assalamualaikum..